Tuesday, 29 March 2016

RESEPI IKAN BAWAL EMAS BAKAR


BAHAN-BAHAN MASAK IKAN BAWAL EMAS BAKAR :
1 ekor Ikan Bawal Emas
  2 suduCili Mesin
  1/2 Labu Bawang Besar*
1 Ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
{ bahan bertanda * dikisar}
Rempah Kari Ikan
Air Asam Jawa
Garam + Gula
Sedikit Minyak Masak Untuk Menumis
Daun Pisang 
Buah Limau Nipis
CARA-CARA MEMASAK :
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Tumis semua bahan kisar bersama cili mesin dan rempah kari hingga garing. Kemudian,masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
Siap.
3. Lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi. Tutup ikan dengan daun pisang. Sha letak daun pisang tu dalam pemanggang ajaib yang mak hadiahkan je..bakar dalam tu je..
Bila ikan dah masak,alihkan ke dalam pinggan dan letak lebihan sambal tumis tadi di atas ikan.
Semalam Sha perah limau nipis atas ikan tu,bagi masam lagi..
Sha hidang Ikan Bawal Emas Bakar bersama Air Asam..
Kredit Kepada Blog Yg Menjadi Inspirasi Resepi Kali Ini :
memang sedap..


SELAMAT MENCUBA YEA

Thursday, 24 March 2016

SAMBAL SARDIN

BAHAN-BAHAN

Sardin 1 tin kecik
Bawang Besar 1/2 biji ( ditumbuk )
Bawang putih 1 ulas ( ditumbuk )
Tomato 1 biji je
Cili Padi
Jus Asam Limau
 
CARA-CARA :
 
 Tumis Bawang Besar + Bawang Putih yang ditumbuk tadi
sampai Wangi tau...
Masukkan Sardin ,Tomato, Cili Padi
Pas tu baru letak jus asam limau + Garam + gula..
Tu sahaja ,,,simple kan?
 
ADMIN PUN LAMA TAK BUAT WALAUPUN RINGKAS
 
SELAMAT MAKAN.

Wednesday, 23 March 2016

MASAK LEMAK GAJUS DAN SOTONG

 
Cadangan Hidangan



Buah gajus adalah buah-buahan bermusim.
BAHAN-BAHAN
Buah Gajus di potong dan diasingkan biji.
Ikan Selayang direbus.
Santan
Bawang Merah
Lada hitam
Garam
Gula
CARA-CARA
Panaskan 2 cawan Santan.
Masukkan Isi Ikan Selayang + Bawang Merah & Lada Hitam yang telah ditumbuk bersama.
Jika pekat tambah air [ Sha pakai mak Sha ajar je..1 plastik kecil santan = 1 plastik air ]
Kemudian, masukkan buah gajus yang telah direbus empuk dan telah diperah-perah airnya.
Perasakan dengan garam + gula
Opss..jang dilupa masukkan sotong yang telah dipotong yeaa..
Agak-agak semua dah sebati..menggelegak...boleh laa tutup api...
Fuhhh..makan dengan nasi panas + Budu + Ikan goreng...ketat perut wehh
 
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENJAMU MATA DAN SELERA

Tuesday, 22 March 2016

GULAI DAGING MASIN DAUN KADUK

copy gambar dari blog personal admin : www.notashalimar.blogspot.my
BAHAN :BAHAN :

Daging diperap dengan garam untuk 1 malam
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Kunyit hidup *
Cili padi ( letak sebiji pun cukup..yang suka pedas boleh la lebih ) *
Asam keping ( 1 je cukup)
Garam + Gula
Santan
Daun Kaduk

( Bahan bertanda * dikisar bersama. )

CARA - CARA :

1. Panaskan periuk, tumiskan bahan kisar bersama daging perap, masak hingga air daging kering sedikit. Kemudian tambah secawan air lagi untuk pastikan daging lembut.

2. Pecah minyak, letak santan, tambah garam dan gula. ( Cuba rasa ok ke tak, bagi yang tidak suka masin sangat baik jangan tambah garam dulu...cuba rasa dulu yea..)

3. Kemudian baru letak daun kaduk yang dibersihkan. Masak dengan api perlahan.

4. Siap..!!!

SELAMAT MENJAMU SELERA

Monday, 21 March 2016

SAMBAL UDANG DENGAN PETAI



BAHAN-BAHAN

20 ekor udang ( saiz sederhana )
10 tangkai cili kering *
10 biji cili merah *
1 1/2 inci belacan *
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
( Bahan bertanda * dikisar bersama )
3 papan petai
2 sudu makan asam jawa ( tak suka masam kurangkan )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMBUAT


1. Panaskan minyak , tumis bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam.

3. Masukkan udang dan petai. Gaul sehingga masak, angkat dan sedia dihidangkan.

SELAMAT MENJAMU SELERA

DAGING DENDENG


BAHAN-BAHAN :
Daging
Bawang Merah ( Dimayam )
Halia ( Dimayam )
Bawang Putih ( Dimayam )
Cili Kering ( Direbus & Dikisar )
Garam
Kicap

Langkah 1 : Rebus daging sampai empuk
Langkah 2 : Sudah empuk..hiris nipis-nipis
Langkah 3 : Daging dihiris tadi diketuk @ ditumbuk dalam lesung
Langkah 4 : Perap daging dengan kicap manis
Langkah 5 : Goreng daging sekejap...

TIPS : 1 KG Daging = 1 KG Bawang Merah

( Haaa baru bab daging ...okeh ketepikan )

Langkah 6 : Dengan minyak goreng daging tadi...kita goreng pulak bahan-bahan yang dimayam tadi..sampai bau Wangi....kemudian angkat..ketepikan...

Langkah 7 : Dengan minyak sama jugak...tumis cili kisar tadi....2 sudu je kita letak sebab takut pedas pulak....

Langkah 8 : Tambah kicap dalam kuali
( Kacau-kacau )

Langkah 9 : Kita masukan daging yang digoreng tadi..jangan lupa bahan-bahan dimayam & digoreng tadi...masuk sekali...kacau sampai semua bahan sehati sejiwa..... 

SELAMAT MENJAMU SELERA. 
DAGING DENDENG BERSAMA NASI PANAS.