Cadangan Hidangan
Buah gajus adalah buah-buahan bermusim. |
BAHAN-BAHAN
Buah Gajus di potong dan diasingkan biji.
Ikan Selayang direbus.
Santan
Bawang Merah
Lada hitam
Garam
Gula
CARA-CARA
Panaskan 2 cawan Santan.
Masukkan Isi Ikan Selayang + Bawang Merah & Lada Hitam yang telah ditumbuk bersama.
Jika pekat tambah air [ Sha pakai mak Sha ajar je..1 plastik kecil santan = 1 plastik air ]
Kemudian, masukkan buah gajus yang telah direbus empuk dan telah diperah-perah airnya.
Perasakan dengan garam + gula
Opss..jang dilupa masukkan sotong yang telah dipotong yeaa..
Agak-agak semua dah sebati..menggelegak...boleh laa tutup api...
Fuhhh..makan dengan nasi panas + Budu + Ikan goreng...ketat perut wehh
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENJAMU MATA DAN SELERA
No comments:
Post a Comment